Tiada Pencerobohan Di Lahad Datu & Sandakan

Tiada Pencerobohan Di Lahad Datu & Sandakan

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ESSCOM DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid meminta orang ramai tidak mempercayai laporan berkenaan. Datuk Wan juga menafikan perkara berkenaan tercetus ekoran pihaknya mengadakan latihan. Katanya, orang ramai tidak perlu panik dan boleh menghubungi Pusat Operasi ESSCOM atau ke balai polis berdekatan untuk mendapatkan maklumat sahih. Semalam, satu audio berlatarkan suara lelaki menjadi viral selepas meminta orang ramai tidak pergi ke kawasan bandar atau tepian pantai berikutan kononnya berlaku pencerobohan.