Pencerobohan Lahad Datu: 9 Individu Dipenjara Sepanjang Hayat

Pencerobohan Lahad Datu: 9 Individu Dipenjara Sepanjang Hayat

Selepas perbicaraan berlangsung selama 3 tahun, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu siang tadi menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat ke atas sembilan tertuduh yang didapati bersalah melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong dalam kes pencerobohan Lahad Datu. Hukuman ke atas semua warga Filipina itu dibuat Hakim Stephen Chung Hian Guan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.