⛅🌿 Majlis Al-Quran 🌾🌼 2 Jamadilawal 1443H Firman Allah SWT: ﷽ لِيَجْزِيَ اللَّهُ كُلَّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ [ابراهيم : 51] Ertinya: "(Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya." (Surah Ibrahim: 51) 🌼 Keterangan Ayat: 1. Allah SWT akan memberikan balasan bagi setiap orang pada hari kiamat dan setiap mereka akan menerima balasan yang sewajarnya! 2. Balasan diberikan kepada apa yang mereka telah usahakan! Perbuatan baik dibalas baik! Perbuatan buruk dibalas buruk! 3. Allah SWT amat cepat hitungan hisabNya! Tiada siapa yang dizalimi! Tiada siapa yang akan terasa dirinya dianiayai! Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll. 🌼 Antara Petunjuk Ayat: 1. Segala perbuatan baik kita di dunia telah direkod dan dihitung untuk diberikan ganjaran yang sebaik-baiknya! 2. Segala perbuatan buruk kita juga telah direkodkan dan dihitung untuk diberikan balasan yang sewajarnya! 3. Balasan yang kita akan terima di akhirat adalah apa yang telah kita usahakan di dunia! Kita tidak akan dizalimi! 🌼 Kaedah Beramal: 1. Hendaklah kita melakukan kebaikan di dunia untuk meraih balasan kebaikan di akhirat! 2. Hendaklah kita menjauhkan dosa dan keburukan supaya kita dijauhkan dari balasan yang buruk di akhirat! 3. Hendaklah kita berusaha untuk akhirat kita! Jangan kita hanya berusaha untuk dunia kita sahaja! Ya Allah jadikanlah kami orang yang berusaha untuk mendapat kebaikan dan kejayaan di akhirat, jauhkanlah kami dari balasan yang buruk. Aamiin. Sila tambah petunjuk-petunjuk ayat... والله أعلم وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين fb.me/drwifaq t.me/MajalisAlQuran instagram.com/drwifaq