⛅🌿 Majlis Al-Quran 🌾🌼 30 Rabiulakhir 1443H Firman Allah SWT: ﷽ يَوْمَ تُبَدَّلُ الْأَرْضُ غَيْرَ الْأَرْضِ وَالسَّمَاوَاتُ ۖ وَبَرَزُوا لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ [ابراهيم : 48] Ertinya: "(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa." (Surah Ibrahim: 48) 🌼 Keterangan Ayat: 1. Allah SWT menjelaskan keadaan yang akan berlaku pada hari kiamat! Bumi dan langit akan bertukar kepada bentuk yang lain! 2. Pada hari itu semua manusia akan keluar dari kubur masing-masing untuk berhimpun dan mengadap Tuhan mereka! 3. Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa! Tiada siapa yang menjadi sekutuNya! Dialah Tuhan Yang Maha Berkuasa! Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll. 🌼 Antara Petunjuk Ayat: 1. Kita perlu ingat bahawa bumi dan langit akan bertukar pada hari kiamat dan tidak akan kekal seperti sekarang ini! 2. Kita akan keluar dari kubur masing-masing untuk berhimpun dan mengadap Tuhan kita! 3. Kita perlu mengesakan Tuhan kita! Tidak menjadikan sekutu bagiNya! Dialah Tuhan Yang Maha Esa dan Berkuasa! 🌼 Kaedah Beramal: 1. Hendaklah kita ingat bahawa bumi dan langit akan bertukar pada hari kiamat dan tidak akan kekal seperti sekarang ini! 2. Hendaklah kita ingat bahawa kita akan keluar dari kubur masing-masing untuk berhimpun dan mengadap Tuhan kita! 3. Hendaklah kita bersedia untuk bertemu Tuhan kita Yang Maha Esa dan lagi Maha Berkuasa! Jangan terpedaya dengan kehidupan dunia! Ya Allah bantulah kami untuk bersedia menghadapi hari yang yang akan bertukar langit dan bumi serta semua manusia berhimpun mengadapNya. Aamiin. Sila tambah petunjuk-petunjuk ayat... والله أعلم وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين fb.me/drwifaq t.me/MajalisAlQuran instagram.com/drwifaq