MKL Crimedesk | Reman 4 Individu Cemar Air

MKL Crimedesk | Reman 4 Individu Cemar Air

[ JENAYAH MINGGU INI ] pengarah syarikat antara empat individu ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes kejadian pencemaran bau seakan pelarut di sungai selangor, semalam. keempat empat suspek itu dibawa oleh polis ke mahkamah selayang kira kira jam 9 pagi tadi bagi memohon perintah reman. majistret nur hafizah rajuni memerintahkan suspek berusia 33 hingga 43 tahun itu direman bermula hari ini hingga 17 november ini. terdahulu ketua jabatan siasatan jenayah selangor datuk fadzil ahmat berkata kesemua suspek termasuk seorang wanita itu ditahan dalam satu operasi bermula tengah malam tadi hingga awal pagi ini. tangkapan di jalankan di gombak, damansara dan kelana jaya. siasatan awal polis mendapati suspek wanita adalah penama yang didaftarkan dalam suruhanjaya syarikat malaysia ssm yang menyewa sebuah premis di rawang. seorang lagi lelaki dan pekerjanya seorang lelaki warga bangladesh menumpang stok bahan bahan kimia di premis sewaan tersebut. jelasnya, terdapat aktiviti-aktiviti membuang sisa sisa kimia ke dalam satu lubang kumbahan di premis yang disyaki terus mengalir ke kawasan tercemar. kes disiasat mengikut seksyen 430 kanun keseksaan. #MKLCRIMEDESK #PDRM #REMAN4INDIVIDUCEMARAIR ______________________________ Like, Follow & Subscribes us at Facebook   / metronewsmedia   Twitter   / twt_metronews   Instagram   / metronewskl   We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY! We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at [email protected] Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!