MKL Crimedesk | Pemandu Lori Dihukum Penjara Ingkar PKP

MKL Crimedesk | Pemandu Lori Dihukum Penjara Ingkar PKP

[ JENAYAH MINGGU INI ] seorang pemandu lori dihukum penjara sebulan oleh mahkamah majistret selayang selepas ingkar perintah kawalan pergerakan pkp dengan melepak bersama rakannya. majistret nik mohd fadli datuk nik azlan. menjatuhkan hukuman itu ke atas p. r. yugendran ,26, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara itu dari tarikh tangkap 28 mac lepas. tertuduh didakwa dengan sengaja telah berada dalam kawasan tempat jangkitan tanpa sebarang alasan munasabah yang mana tertuduh sepatutnya berada di dalam rumah . dia dituduh melakukan kesalahan itu di jalan sj 17, gombak pada 1.10 pagi, 28 mac mengikut peraturan 3(1) peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 . ia boleh dihukum di bawah peraturan 7 peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi rm1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya. majistret nik mohd fadli membenarkan tertuduh diikat jamin rm3,000 dengan seorang penjamin. 10 jun ditetapkan untuk sebutan semula kes untuk lantikan peguam. #MKLCRIMEDESK #PDRM #PEMANDULORIDIPENJARA ______________________________ Like, Follow & Subscribes us at Facebook   / metronewsmedia   Twitter   / twt_metronews   Instagram   / metronewskl   We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY! We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at [email protected] Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!