MKL Crimedesk | Polis Dakwa 8 Tuduhan Rogol Wanita Mongolia Diikat Jamin Rm27,000

MKL Crimedesk | Polis Dakwa 8 Tuduhan Rogol Wanita Mongolia Diikat Jamin Rm27,000

[ JENAYAH MINGGU INI ] Selepas didakwa memperdagangan dua wanita warga Mongolia di mahkamah Klang semalam... Seorang inspektor polis didakwa pula di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya , atas lapan tuduhan merogol serta satu dakwaan cubaan mencabul dua wanita sama hari ini. Hazrul Hizham Ghazali, 30, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin. Berdasarkan pertuduhan pertama hingga kelapan, Hazrul Hizham yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, didakwa merogol dua wanita Mongolia menggunakan kedudukan kuasanya sebagai pegawai kanan polis bagi mendapatkan kerelaan kedua-dua mangsa. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di dua bilik berbeza, di PJ Luxe Butik Hotel antara jam 12 tengah malam hingga 11 pagi, pada 11 April lalu. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (2) (f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat. Tertuduh turut didakwa atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah ke atas mangsa pertama dengan niat hendak mencabul kehormatan wanita itu di khemah petugas sekatan jalan raya Tol NPE, PJS 2, jam 5.30 hingga 6.15 petang, pada 11 April lalu. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM27,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Jun ini untuk sebutan semula kes. #MKLCRIMEDESK #PDRM #DAKWAPOLISROGOLMONGOLIA ______________________________ Like, Follow & Subscribes us at Facebook   / metronewsmedia   Twitter   / twt_metronews   Instagram   / metronewskl   We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY! We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at [email protected] Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!