Tak Bai bergegar dengan siri letupan bom dan berbalas tembakan

Tak Bai bergegar dengan siri letupan bom dan berbalas tembakan

Pekan 'Tak Bai di Wilayah Narathiwat di Thailand bergegar, susulan beberapa siri letupan bom dan kejadian berbalas tembakan. Insiden berlaku kira-kira 10-malam tadi. Bunyi letupan dan tembakan turut didengari penduduk di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Ini kerana lokasi kawasan itu yang terletak bersebelahan Pekan Tak Bai. Setakat ini, belum ada maklumat lanjut diterima berhubung insiden berkenaan.