Bunuh Isteri Guna Tudung

Bunuh Isteri Guna Tudung

"HANA harap mama tahu, yang mama sentiasa disayangi orang di keliling mama. Hana sentiasa sayang mama. Terima kasih mama. Mama ditimpa ujian demi ujian lalu tiba masanya untuk mama pergi. Hana rindu mama sangat-sangat. Semoga kita ditemukan semula arwah mama sayangku. Al Fatihah," itu luahan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di laman sosial Facebooknya.Remaja terbabit adalah anak kepada mangsa bunuh yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Ibunya berusia 40 tahun itu dipercayai dibunuh bekas suami sebelum mayatnya ditemui berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil, di Sepang, Khamis lalu.Malah, catatan dan luahan hati anak mangsa itu turut mendapat simpati orang ramai termasuk rakan arwah yang memberi kata-kata semangat. #BunuhIsteri