Pasangan buat tak senonoh di kubur didakwa hari ini

Pasangan buat tak senonoh di kubur didakwa hari ini

Pasangan yang direman berhubung dakwaan melakukan perbuatan tidak senonoh di sebuah tanah perkuburan Cina di Air Itam, George Town akan didakwa di Mahkamah Majistret, pada 26 Mac. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata kedua-dua suspek yang berusia 30-an dan 50-an itu akan dituduh mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan. Seksyen 377D memperuntukkan hukuman bagi perbuatan "melanggar kesusilaan yang amat sangat" antara individu, sama ada di tempat awam atau persendirian, dengan penalti termasuk hukuman penjara sehingga dua tahun. Kelmarin, polis mendapatkan perintah reman selama tiga hari terhadap pasangan berkenaan. Ia selepas pasangan itu didakwa dirakam menerusi satu video ketika sedang melakukan aksi tidak senonoh di sebuah tanah perkuburan Cina. Kedua-dua individu terbabit telah mengaku melakukan perbuatan tersebut. ----- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my