KEMALANGAN – 2 MAUT DI TEMPAT KEJADIAN [23 JUN 2018]

KEMALANGAN – 2 MAUT DI TEMPAT KEJADIAN [23 JUN 2018]

Dua maut dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 233.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Kuantan, kira-kira 12.05 tengah malam tadi. Mangsa yang maut dikenali sebagai Hamzah Hitam, 77 tahun dan cucunya Muhammad Hairi Kosni, 18 tahun, penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).