KOTA BHARU, 23 Jun (Bernama) -- Seorang pemandu lori yang cuba terjun dari sebuah bangunan di sini selepas disyaki menikam isteri dan ibu mentuanya dalam kejadian di Tumpat, Selasa lepas, direman tiga hari bagi membantu siasatan. Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata perintah reman bermula hari ini hingga Sabtu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kota Bharu Nuriza Mustafa. https://www.bernama.com/bm/jenayah_ma...