MKL Crimedesk | Kondo Mewah Dijadikan Markas Operasi Judi

MKL Crimedesk | Kondo Mewah Dijadikan Markas Operasi Judi

[ JENAYAH MINGGU INI ] Empat warga tempatan berusia antara 20 hingga 24 tahun yang menjadi pengendali aktiviti perjudian dalam talian ditahan dalam serbuan di sebuah unit kondominium mewah di Ara Damansara, pagi semalam. Sindiket menjadikan kondominium mewah yang disewa itu sebagai markas Operasi selain mempromosikan aktiviti judi menerusi Facebook. Suspek termasuk seorang wanita yang berperanan sebagai penyelia akan mengambil wang daripada mana-mana individu yang berminat untuk membuat pertaruhan selain mengendalikan pembayaran kemenangan. Sindiket menjalankan kegiatan mereka secara 24 jam dengan kadar keuntungan antara 3 hingga 5 ribu ringgit sehari. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata siasatan mendapati sindiket baru sebulan aktif, menyasarkan orang tempatan sebagai pemain. Selain Facebook , sindiket juga berinteraksi dengan pemain judi menggunakan aplikasi WhatsApp. Dalam serbuan itu, polis merampas enam monitor komputer, 21 telefon bimbit, satu komputer riba, modem internet dan pelbagai lagi peralatan yang digunakan untuk mengendali urus niaga perjudian. Kesemua suspek menerima gaji bulanan sebanyak 2 ribu ringggit sebulan dan semakan mendapati kesemua mereka tiada rekod jenayah lampau. Semua suspek akan direman hari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. #MKLCRIMEDESK #PDRM #JUDI ______________________________ Like, Follow & Subscribes us at Facebook   / metronewsmedia   Twitter   / twt_metronews   Instagram   / metronewskl   We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY! We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at [email protected] Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!