Tafsir Surah A'raf Ayat 59 - 64 (dakwah Nabi Nuh)

Tafsir Surah A'raf Ayat 59 - 64 (dakwah Nabi Nuh)

Tafsir Surah A'raf oleh Ustaz Tok Haji Ayah Man dari Tok Bali, Kelantan. Sila lawat laman http://tafsirsunnah.wordpress.com/ untuk mendapatkan kelas-kelas yang lain. Nabi Nuh seperti Nabi-nabi yang lain juga, membawa mesej dakwah yang sama - hanya sembah Allah sahaja. Tapi ketua-ketua kaumnya tidak mahu menerima dan menentangnya. Mereka adalah ketua-ketua agama, ketua kampung, ketua kawasan dan sebagainya. Mereka mempengaruhi anak-anak buah mereka. Syirik yang mereka lakukan adalah mereka bertawasul kepada lima orang wali. Kita masyarakat Malaysia sekarang yang mengaku Islam, bukan dengan wali sahaja kita tawasul, malah dengan malaikat dan nabi-nabi pun kita tambah lag. Kita lagi teruk dari mereka. Mereka tak boleh terima kerana yang mengajar kepada mereka adalah manusia seperti mereka juga. Mereka hendak kalau nak disampaikan wahyu, tentulah dari malaikat. Itu hanya alasan mereka sahaja.