al-Quran | Muka 521 | Juz 26 | Surah 51 Ayat 7 – 30 | Sheikh Muhammad Siddiq al-Minshawi المنشاوي

al-Quran | Muka 521 | Juz 26 | Surah 51 Ayat 7 – 30 | Sheikh Muhammad Siddiq al-Minshawi المنشاوي

Pemasaan Ayat: 00:10 [Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.] 00:13 Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya, [51:7] 00:18 Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w). [51:8] 00:24 Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran). [51:9] 00:27 Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja, [51:10] 00:30 (Iaitu) orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan). [51:11] 00:35 Mereka bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari pembalasan itu?" [51:12] 00:40 (Jawabnya: hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api neraka, - [51:13] 00:45 (Sambil dikatakan kepada mereka): "Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya". [51:14] 00:54 Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. [51:15] 01:01 (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. [51:16] 01:13 Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. [51:17] 01:19 Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). [51:18] 01:23 Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). [51:19] 01:32 Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, [51:20] 01:38 Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? [51:21] 01:44 Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. [51:22] 01:51 Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata. [51:23] 02:04 Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? [51:24] 02:10 Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal. [51:25] 02:21 Kemudian ia masuk mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). [51:26] 02:30 Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan". [51:27] 02:37 (Setelah dilihatnya mereka mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: "Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim)". Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan. [51:28] 02:46 (Mendengarkan berita yang mengembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?" [51:29] 02:56 Mereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui". [51:30]