#Viral #LanggarMati #Mabuk #Malaysia | Hukuman Pemandu Mabuk Langgar Mangsa Mati PATUT Mati..

#Viral #LanggarMati #Mabuk #Malaysia | Hukuman Pemandu Mabuk Langgar Mangsa Mati PATUT Mati..

Isu #Pemandumabuk #HaramArak #AktaAPJ1987 #Hilanghormat Kes disiasat menurut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian atau kecederaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 3 tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000,” katanya. Pemandu Mabuk Langgar Mangsa Hingga Mati 17 Januari 2020, pasangan suami isteri yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Ketapang, Melaka. 24 Januari 2020 Seorang pemuda, Muhammad Zulfakkar Bin Borhan maut dilanggar kenderaan pacuan 4 roda yang dipandu oleh pemandu mabuk . Namun hasil ujian pernafasan mendapati pemandu tersebut berada dalam pengaruh alcohol yang dibenarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. 25 Jan 2020 Lagi pemandu mabuk langgar 2 kenderaan sehingga mangsa parah GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki kerana memandu dalam keadaan mabuk sebelum melanggar sebuah kereta dan sebuah motosikal sehingga menyebabkan mangsa cedera parah, dalam kejadian di Jalan Ayer Itam, awal hari ini. 9 Feb 2020, 9:41 pm Seorang pekerja kilang maut manakala isterinya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk dalam kejadian di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, di susur ke Perai di Bukit Mertajam, Pulau Pinang awal pagi ini. 13 Feb 2020 Dua sahabat maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh pemandu mabuk, di Kilometer 13 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) arah Sungai Dua, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi,21, yang bekerja sebagai juru elektrik dan pembonceng, Muhammad Amin Najmi Azaman,19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 3 Mei 2020 SEORANG anggota polis maut ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya LEKAS, awal pagi Ahad. Mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, meninggal dunia di tempat kejadian akibat dirempuh oleh sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol. Mei 26, 2020 05:35 +08 | Durasi: 50 saat KUANTAN: Seorang lelaki maut dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan untuk bertugas syif malam di Jalan Pintasan Kuantan malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, polis menerima maklumat dari orang awam mengenai seorang mangsa yang dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu yang di bawah pengaruh alkohol serta memandu melawan arus pada kira-kira jam 9.38 malam. Tahun 2019 Pemandu mabuk, dadah rempuh penjual kuih 16 Jun 2019 KEPALA BATAS: Penjual kuih maut manakala suaminya parah dirempuh kereta dipercayai dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan ganja ketika berniaga di bahu Jalan Bertam Indah di sini, pagi tadi. Roslinda Mohamad Isa, 44, meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kepala Batas, selepas dua jam dirempuh kenderaan itu. Noorzainy berkata, susulan kejadian itu, pemandu kereta berusia 31 tahun ditahan bagi membantu siasatan. “Siasatan awal mendapati Pemandu kereta itu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol. Ujian awal urin juga mendapati pemandu kereta itu positif ganja,” katanya. Staff CIMB maut dilanggar pemandu mabuk Nov 2019 Pegawai bank yang baru menyambut hari lahirnya ke-28, Selasa lalu, maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan berhampiran susur keluar Bandar Puteri, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Klang, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, Nurul Liana Atira Zolkepli meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). “Difahamkan juga, pemandu kereta yang melanghgat mangsa adalah seorang wanita telah memandu dalam keadaan mabuk dan melarikan diri sejurus kejadian,” katanya kepada Harian Metro. Video Credit: Video by Ricardo Esquivel from Pexels Video by Mike from Pexels Video by Ingo Joseph from Pexels Video by Daniel absi from Pexels Video by cottonbro from Pexels Intro/ Outro Sound Credit: Jim Yosef - Firefly [NCS Release] ▽ Connect with NCS Facebook   / nocopyrightsounds   Twitch   / nocopyrightsounds   Twitter   / ncsounds   Spotify http://spoti.fi/NCS SoundCloud   / nocopyrightsounds   Google+ http://google.com/+nocopyrightsounds Instagram   / nocopyrightsounds_   ▽ Follow Jim Yosef SoundCloud   / jim-yosef   Facebook   / jimyosefmusic   YouTube    / jimboow