MKL Crimedesk | Narkotik Serbu Tempat Masak Ketum

MKL Crimedesk | Narkotik Serbu Tempat Masak Ketum

[ JENAYAH MINGGU INI ] 'Menantu hantu'... Gelaran itu sesuai bagi seorang lelaki yang ditangkap bersama 8 lagi rakannya ketika sedang memproses air ketum di sebuah bangsal dekat Padang Balang ibu negara malam tadi. 704 buah botol air ketum siap dibotolkan bersama peralatan memasak air ketum ditemui di lokasi berkenaan. Bangsal yang terletak beberapa meter dari kawasan rumah mertuanya itu didapati dijadikan port memproses ratusan botol air ketum. Kesemua suspek itu ditahan polis bahagian Narkotik IPD Wangsa Maju dalam OPS Sarang. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata ketika serbuan... Kesemua mereka sibuk melayan BBQ sambil memasak air ketum dan membungkusnya ke dalam botol plastik. Hasil pemeriksaan mendapati, kumpulan terbabit menjual air ketum dengan harga RM20 sebotol. Mereka aktif menjual di sekitar kawasan Kampung itu sejak Mac lalu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP. Daun ketum seberat 30 kilogram, pelbagai alatan memasak, dadah ganja turut dirampas. Dalam OPS Sarang yang dilancarkan sejak 2 hari lepas... 45 individu termasuk penagih mahupun tokan ditahan di sekitar daerah itu. Polis juga merampas pelbagai jenis dadah bersama suspek yang ditahan. Kesemua suspek dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk saringan ujian air kencing. Operasi berakhir jam 1 pagi tadi. #MKLCRIMEDESK #PDRM #SERBUPUSATKETUM ______________________________ Like, Follow & Subscribes us at Facebook   / metronewsmedia   Twitter   / twt_metronews   Instagram   / metronewskl   We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY! We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at [email protected] Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!