#BuletinBernama : Seorang lelaki maut manakala isteri parah apabila kereta dinaiki pasangan terbabit dipercayai terbabas lalu terjatuh di laluan bertingkat (flyover) di Jalan Kepayan, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), semalam Dalam kejadian pukul 10.10 malam itu, mangsa lelaki berusia 51 tahun yang tersangkut di tembok flyover disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala Isterinya berusia 35 tahun yang dipercayai terjatuh bersama kereta, parah dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk rawatan lanjut.