Pantun Seloka… Ha… Masuk!! “Dalam meningkatkan jati diri anak muda, perkara yang tidak boleh dilupakan adalah ilmu seni warisan budaya seperti permainan tradisional, lagu, tarian, pantun dan sebagainya supaya ia tidak ketinggalan dek zaman. Nilai yang terdapat dalam seni warisan budaya akan mengajar anak muda akan nilai kasih sayang, kerjasama dan perpaduan, saling menghormati dan sebagainya. Melaluinya juga pelbagai mesej santai dan berhemah boleh disampaikan kepada semua orang… Jom dengar pantun Aidilfitri dek kerana PKP tak leh merentas negeri nak elak Covid-19 dan Dadah jadi bagaimana la raya nak meriah…” #berpesanpesan Nota : Tahniah kepada pemenang Pertandingan Cabaran Berbalas Pantun sempena Aidilfitri 2021. AADK akan berhubung dengan pemenang untuk mendapatkan butiran bagi penghantaran hadiah. ____________________________________ Agensi Antidadah Kebangsaan menasihatkan ibu bapa prihatin akan perubahan tingkah laku anak-anak luar dari kebiasaan seperti mengasingkan diri, tidak balik rumah, cepat marah, tidak tidur malam berhari-hari, tidur lebih dari biasa dll. Ibu bapa boleh rujuk dengan guru, kaunselor atau pegawai Antidadah untuk mendapat kepastian. Sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233 untuk keterangan lanjut. #DadahTerkawal2025 #TakPerluStimsGuys #KDN_TogetherWeAreOne