Pemandu kereta maut kemalangan

Pemandu kereta maut kemalangan

Pemandu kereta maut kemalangan..    / @myralamb-d5w      Tapah: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan ais di Kilometer (KM) 43 Jalan Ipoh - Teluk Intan kira-kira 2.30 petang tadi.  Dalam kejadian terbabit, mangsa Chin Kok Wah berumur 40 tahun yang memandu kereta Proton Wira disahkan maut di tempat kejadian.  Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal pihak polis mendapati ketika kejadian, lori muatan ais terbabit dalam perjalanan dari Kampar ke Teluk Intan bagi menghantar ais.  Katanya, apabila tiba di tempat kejadian tiba-tiba kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke dalam lorong bertentangan sebelum bahagian kiri kereta mangsa dilanggar lori ais dipandu oleh seorang lelaki berumur 26 tahun.  "Akibat kejadian terbabit, mangsa mengalami cedera parah dan disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu lori ais hanya mengalami cedera ringan.  "Mangsa yang meninggal dunia berasal dari Kampar, Perak dan bekerja send ...