Pemandu ambulans dan anak, maut kemalangan

Pemandu ambulans dan anak, maut kemalangan

#BuletinBernama : Dua beranak maut dan seorang cedera selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori muatan kayu di Kilometer 37 Jalan Gua Musang-Jeli, dalam kejadian 6.15 petang. Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata ekoran pertembungan itu, mangsa yang bekerja sebagai pemandu ambulans, Mohd Zuki Mohamed Ali, 55 tahun, bersama anaknya Muhammad Hasbullah, 15, maut di tempat kejadian.