Kemalangan maut: Penternak ikan didakwa bunuh empat beranak

Kemalangan maut: Penternak ikan didakwa bunuh empat beranak

#BuletinBernama: Seorang penternak ikan didakwa di Mahkamah Majistret Bentong, Pahang atas pertuduhan mengakibatkan kematian empat beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Lebu-Felda Mempaga, Bentong, minggu lalu. Pertuduhan terhadap Ahmad Fuad Mohd Salleh, 44 tahun direkodkan di hadapan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim selepas semua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan.