Di ibu negara, polis memburu seorang lelaki yang disyaki merogol anak kandungnya sejak berusia tujuh tahun di Taman Minang Ria, Batu 9 Cheras. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, dalam satu kenyataan berkata, perbuatan durjana itu terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 13 tahun membuat laporan polis, Khamis lalu. #BuletinTV3