Satu maut empat parah

Satu maut empat parah

Seorang wanita maut manakala empat lagi ahli keluarganya parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang meraka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 67.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Kuala Abang, pagi ini. Dalam kemalangan kira-kira jam 8.40 pagi, Shairani Su, 50, yang parah di semua anggota badan meninggal serta merta di tempat kejadian.