Keputusan Untuk Vaksin Pelajar Sekolah Dimuktamad Khamis Ini Keputusan mengenai pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah akan diputuskan Khamis ini menerusi mesyuarat antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM). Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, keputusan muktamad 'sama ada boleh atau tidak' masih di tangan Majlis Keselamatan Negara (MKN).