Kami mempersembahkan... Modul Jati Diri Tingkatan 1 SMISTA bagi sesi 2018! Program yang diuruskan oleh guru-guru SMISTA sendiri dengan bantuan para senior-senior yang berkaliber baik yang masih bersekolah di situ mahupun yang sudah menginjak ke dunia luar, program ini menjadi titik tolak pengembaraan para pelajar Tingkatan 1 untuk menyesuaikan diri dalam suasana yang baru dengan cara yang menyeronokkan serta amat berfaedah. Dua minggu telah pun berlalu dengan pelbagai kenangan yang indah tercatat di memori, semoga mereka akan terus bersemangat untuk menjadi pelajar-pelajar yang cemerlang dan berjaya selama mereka berada di SMISTA, insyaallah! Video by: Phoenixes (V)