#BuletinBernama: Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya pada malam Aidilfitri di sebuah rumah Ahad minggu lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohd. Syawalludin Ismail, 38 tahun, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md. Sain.