OFFICIAL TRAILER "DENU" - DI PAWAGAM MULAI 21 OGOS 2025

OFFICIAL TRAILER "DENU" - DI PAWAGAM MULAI 21 OGOS 2025

Official Trailer Filem #Denu Sebuah kisah tentang cinta, seni dan perjuangan. Dalam dunia yang kian melupakan akar seni, Pak Yeh berjuang mempertahankan keaslian Mak Yong. Tapi hadirnya Amiruddin, generasi baru yang mahu merubah segalanya, mengundang gelora yang lebih besar dari sekadar pertarungan seni. Di saat seni dijadikan alat perjuangan, rumah tangga mula retak. Asmah, isteri Pak Yeh, terpikat dengan semangat baharu Amiruddin dan kini, pentas jadi medan perebutan cinta, maruah dan prinsip hidup. Di Kota Bharu, luka lama kembali berdarah. Cinta diuji. Seni dipolitikkan. Kepercayaan dikhianati. DENU bukan sekadar cerita pentas dan tari, tapi tentang jiwa manusia yang bergolak di tengah perubahan. Nak tahu kesudahannya? Saksikan #Denu di pawagam bermula 21 Ogos 2025. #DENU #FilemMelayu #MakYong #WayangWajibTonton #FYP2025 #CeritaKita #KaryaAnakTempatan #WayangMalaysia