Nahas van dan lori, 3 parah, 4 cedera

Nahas van dan lori, 3 parah, 4 cedera

Tiga pekerja kilang parah manakala empat lagi cedera selepas van dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Batu Putih Karangan, Kulim, pagi tadi. Pemandu kedua-dua kenderaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kedah, Zamani Ismail berkata semua mangsa yang berusia antara 24 hingga 48 tahun diberi rawatan awal. Mereka kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.