Mr DIY Air Cooler ni aku beli dekat DIY dengan harga RM39. Air cooler ni tak pakai battery (bukan built-in battery), nak on just direct plug pakai USB. More better kot, takda battery sebab sebelum ni aku beli kipas dari DIY yang built-in battery cepat rosak. Boleh tengok sini: • Mr DIY USB Desktop Fan TYX9087 [Unboxing +... Dah try test dia punya speed, not bad. Kipas dia ada 3 speed. Dah try tadi, kipas dia bole pegi sampai 4 speed. Tapi time 4 speed tu, LED dia berkelip. Mode apa tak tau lah kan? hahhaa Bagi aku, not bad jugak la. Agak sejuk jugakla air cooler ni & sesuai lah untuk penggunaan dalam bilik atau ofis, tapi takdelah mampu sejukkan satu bilik/ofis tu 🤣 Dia sejuk-sejuk dekat meja jela. Time nak buat keje tu sejuk jer. Jarak nak rasa kesejukan angin tu, adalah dalam 100cm jauh..Lebih 100cm maybe da tak rasa sangat. Setakat belum 24jam penggunaan, masih okaylaa. Kita tunggu seminggu, tengok rosak ke tak? Kalau lah rosak, memang aku up masuk YT lagi hahaha Okay guys, kalau nak beli, korang boleh beli direct Mr DIY. Tapi kalau beli online, maybe lagi murah kot. Korang try usha Shopee, melambak benda ni orang jual dengan harga bawah RM39. Untung-untung, bole dapat free shipping time korang beli tu Mr DIY Air Cooler Fungsi: Humidifier, Ventilation, Cooling & Purifier Harga: RM39 (Kedai Mr DIY) Dimension dia, 15cm x 15cm x 15cm Tiada built-in batter, just pakai direct USB jer Full water tank: Tahan 10 jam. Yes, macam tahan 10 jam (max kipas, speed 3) Music: Static Musician: Jeff Kaale Adios, ASTraveller.com