Seorang anggota polis berpangkat Koperal maut, manakala tujuh yang lain cedera, dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta. Kemalangan berlaku pada 4.30 pagi tadi, di kilometer 111.4, Lebuh raya Utara Selatan arah Selatan, dekat Sungai Petani, Kedah.