2 Okt - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini menyantuni masyarakat di Kampung Ayer Merbau, Bemban menerusi Program Ziarah Kasih. Beliau turut mengadakan kunjungan serta menyampaikan sumbangan kepada pesakit strok, Rahman Khamis, 70 tahun dan Ahmad Husaini Ibrahim, 50 tahun. Program berakhir dengan lawatan ke pondok Bustanul Ulum Abu Bakar yang memerlukan peruntukan membangunkan kawasan riadah dan telaga tiub. #tokleman #ziarahkasih #kampungayermerbau #melakahariini