Seorang guru lelaki berusia 53 tahun direman TUJUH hari bagi membantu siasatan kes cabul murid perempuan tahun empat di sebuah sekolah di Ampang, Mei lalu. Pendaftar Mahkamah Majistret Ampang, Roslan Md. Nor mengeluarkan perintah reman sehingga 25 Julai ini terhadap suspek.