Seorang pemandu lori maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 45.2, Lebuh Raya Utara-Selatan, Arah Selatan, SEMALAM. Lori yang dipandu Zainal Abidin Abdul Rahman, 57 tahun, merempuh sebuah bas ekspres di lokasi baik pulih jalan raya, kira-kira jam 11 malam. Pegawai Bomba Kanan II, Abd Rahim Razali berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.58 malam dan 6 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam dikejarkan ke lokasi kejadian. Kemalangan turut melibatkan pelanggaran 3 buah kereta lain. Mangsa maut ditempat kejadian manakala 27 penumpang bas ekspress tidak mengalami kecederaan