Bayi lapan bulan maut tertinggal hampir 8 jam di dalam kereta

Bayi lapan bulan maut tertinggal hampir 8 jam di dalam kereta

#BuletinBernama : Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas disyaki ditinggalkan ibunya di dalam kereta selama hampir lapan jam, di parkir Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras. Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam kejadian 7.20 pagi, ibu mangsa, seorang doktor di hospital terbabit, membawa bayinya untuk dihantar ke taska, namun hanya menyedari anaknya masih berada di dalam kereta pada petang hari sama, selepas dimaklumkan oleh suaminya mangsa tidak berada di taska.