Kisah yang sangat meruntun jiwa apabila seorang bayi berusia 2 bulan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Besar Kelantan. Kematian bayi tersebut menjadi viral apabila ibu kepada bayi menceritakan perkara yang berlaku kepada bayinya semasa menerima rawatan di hospital tersebut. Terdahulu, tular rakaman video menerusi Facebook 'Ola Ola' yang mendakwa bayinya berusia dua bulan meninggal dunia akibat kecuaian doktor di HRPZ II ketika memberikan rawatan. Menerusi video yang meraih tontonan melebihi 60,000 itu, individu terbabit mendakwa anaknya dipaksa berpuasa selama lima hari, diberikan susu sudah tamat tempoh dan diberikan ubat tidur tanpa keizinannya. #viral #viralvideo #bayi2bulan #bayi2bulanmeninggaldunia