Kadar pemberian vaksin harian COVID-19 mencatatkan angka tertinggi semalam apabila berjaya melepasi 200,000 dos buat kali pertama sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu. Berdasarkan data terkini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Twitter, sebanyak 215,876 dos diberikan semalam, hanya sembilan hari selepas pertama kali melepasi 150,000 dos minggu lalu. Peningkatan kapasiti pemberian vaksin harian menyaksikan PICK mencapai kemajuan memberangsangkan apabila hampir lima juta dos vaksin diagihkan setakat semalam, dan lebih 10 peratus daripada 32 juta rakyat Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Ia juga menyaksikan Malaysia berjaya mencapai kapasiti pemberian vaksin 200,000 dos sehari kira-kira dua minggu lebih awal, apabila Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin sebelum ini memaklumkan angka itu dijangka akan dicapai bulan depan. ------------------------------------- #HMETRO #METROTV Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my Please like / harianmetro Please follow / hmetromy And also our / hmetromy