'Jangan bakar jalan ke syurga' - Majistret

'Jangan bakar jalan ke syurga' - Majistret

"Nasihat saya, jangan kita bakar jalan kita ke syurga." Demikian kata Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh sebelum menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap tertuduh, Nazri Zol, 34, yang mengaku bersalah menampar belakang, muka serta meletakkan cekodok panas di tangan neneknya. Mengikut pertuduhan, Nazri yang mengaku kepada mahkamah kesalahan itu dilakukan kerana tidak dapat mengawal kemarahan, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap neneknya, Halimah Hassan, 83, di sebuah rumah di Taman Sutera Belia, Batu Berendam, pada 21 Oktober lalu, jam 9.20 pagi. Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000, jika sabit kesalahan. ----------------------- #BH #BHTV www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian :: www.linkedin.com/company/beritaharian :: www.tiktok.com/@bharianmy